Salam
Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad.
http://dakwah.org/blog/?p=241
Tak semua pendapatan kerajaan itu haram.. kerajaan juga dapat pendapatan dari banyak sumber yang halal.. ( minyak + galian )...
Cuma rezeki itu bercampur dengan rezeki yang haram ( lesen judi, lesen arak, lesen rumah urut, dan cukai pendapatan dari hasil tersebut )
Oleh itu elakkanlah bekerja dikilang arak.. kedai jual arak.. dan bank yang mengamalkan riba...dan hasil perzinaan ( rumah urut/pelacuran ).. walaupun anda tidak mengamalkannya...
Memakan harta secara bathil adalah :
1-memakan hasil riba, judi, kecurangan, kezaliman ( interest, rasuah, peras-ugut )
2-hasil perdagangan dan jasa yang haram ( arak, babi, bangkai, pelacuran )
Islam mengharamkan pendapatan yang dihasilkan melalui menafaat yang tidak syariee :
1-upah tukang telek/ramal
2-pengurusan riba
3-pekerjaan yang melibatkan arak/zina
Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:
1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.
Pandangan para Ulama:
Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu'ul Fatawa:
"Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang."
Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):
"Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja."
Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:
1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:
2. Abu Mas'ud al-Ansari ra berkata:
3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.
Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.
Pandangan para Ulama:
Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu'ul Fatawa:
"Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang."
Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):
"Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja."
Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:
1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:
"أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها
"Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya." (Hr Abu Daud)2. Abu Mas'ud al-Ansari ra berkata:
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن
"Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang)." (Hr Bukhari dan Muslim)3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.
Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا
"Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik." (2 : 168)Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad.
http://dakwah.org/blog/?p=241
Laman diskusi dalam isu ini...
486. Hukum Menerima Wang Judi
Soalan:
Apakah hukum orang menerima pemberian duit dari hasil judi dan bagaimana jika wang itu digunakan untuk membeli barang seperti kereta,gitar dll. Apakah setiap kali kita menggunakan barang itu kita mendapat dosa?

Zul, Kemaman
Jawapan:
Judi termasuk ke dalam golongan memakan harta orang lain dengan cara batil. Judi merupakan cara yang salah atau batil untuk mendapatkan harta. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa bermain judi maka ia berbuat derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Riwayat Malik)
Berjudi ini juga disebutkan dalam firman Allah sebagai salah satu pebuatan yang menimbulkan rasa permusuhan, kemarahan dan jauh dari mengingat Allah. Firman-nya maksudnya: "Sesungguhnya meminum khamar, berjudi berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan". (Al Maidah ayat 90)
Begitu besar kesan judi terhadap seseorang, jadi jika kita telah mengetahui bahawa wang yang diberikan oleh seseorang itu kepadanya merupakan wang dari hasil judi, maka menggunakannya tergolong dalam bersyubhat. Walaupun pada hakikatnya wang itu halal namun menggunakan wang dari hasil judi tetap berdosa, tidak kiralah untuk apa wang itu digunakan.
WAllahua3lam
Wassalam
from e mail
from e mail
Hizamri BBA - Beberapa Artikel 47
No comments:
Post a Comment