Friday, May 28, 2010

[UiTM-Melaka] Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik - Selamat Beramal



SEMOGA JADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PUAK² YANG MENYANGKAL HUKUM ALLAH…
Gempar: Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik Ke Atas Bumbung Masjid Ketika Para Jemaah Sedang Sembahyang Zohor Dekat Kuantan Petang Semalam !

[]
KUANTAN, 15 April [10.20 am] - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!" katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.

[] []
Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat

[] []
Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak

"Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan" kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku." katanya.
Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak penyokong UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut. Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah penceramah berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid itu selepas ini" katanya.
 
 




Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.


2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran "rumah terbuka nasional", bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;


"Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka"


2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;


i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini "rumah terbuka nasional" adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)


ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).


2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;


i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)


ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)


2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.


3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).



4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud "bertentangan dengan akidah Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.


4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud "bertentangan dengan syarak" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.


Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.


4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan "perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" di negara ini.

Maksud "bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam".

Maksud "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Blok D7, Parcel D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502, PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 4253

Fax: 03-8889 1993
 
Sila ke weblog abi_umarhaikal

ORANG IKHLAS TERTINDAS - Selamat Beramal

Subject: [creativegenetic] ORANG IKHLAS TERTINDAS?


Assalamualaikum.


Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Lalu saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih "dalam" dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?


Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah untuk kehidupan kita yang barakah ini…


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.


"Mengapa?" balas saya."Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


"Oh ramai encik…"
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik…" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…" kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"


"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik…"
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.
Yakinlah."


"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"


"Maksud kakak?"
"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"


"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…"


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."


"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'


"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."
"Subhanallah!"



"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."


"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"


"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."


"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."
"Maksud encik?"


"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."


"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.


"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"


"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…"
"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"


"Kita akan sakit jiwa!"


"Kenapa?"


"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi… " kata kakak itu perlahan.


"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"


"Ah, kita terlalu ego…"


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

PETIKAN : http://genta-rasa.com/

Posted By eita zack to creativegenetic at 4/17/2010 01:29:00 PM

__._,_.___


Benarkah Roh Si Mati boleh Kembali - Selamat Beramal





Benarkah Roh Si Mati boleh Kembali?

Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari

mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-'Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi ('illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di 'Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith:
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di 'illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam 'Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.


Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari kiamat



Assalamualaikum warahmatullah,
SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad SAW bertuah kerana baginda sudah menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti. Antara keterangan Rasulullah SAW ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia.

Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili. Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: "Ditetapkan hukuman di antara manusia." Yazid berkata: "Abul Khair tidak pernah melewati satu hari pun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini." (Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW dengan jelas menyatakan: "Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menyedari hakikat itu, rajin-rajinlah bersedekah supaya memperoleh naungan di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Jangan meremehkan amalan sedekah

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kami meremehkan sedikitpun perbuatan makruf sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah berseri." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada dua hadis di atas, ketahuilah dan janganlah sekali-kali kita memandang remeh pemberian diberikan. Sesungguhnya bukan banyaknya sedekah yang dikira, tetapi keikhlasan hati.

Sedekahlah apa saja mengikut kemampuan

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah." (Hadis riwayat Ahmad)

Suatu ketika, seorang sahabat pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang miskin berdiri di depan pintu rumahnya. Maka dia tidak menemukan sesuatu yang dapat di berikan kepada orang miskin itu. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: "Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang dapat kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka serahkanlah kepadanya di tangannya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut dan kebakhilan." (Hadis riwayat Muslim)

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan juga merupakan sedekah dan salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.

Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.

Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya') kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Tujuh golongan insan contoh

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil – Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid – Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah – Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah!" – Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya – Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah – Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Renung-renungkan!

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

==============================================================


Friday, May 21, 2010

Keajaiban Tubuh Kita - Selamat Beramal

Keajaiban Tubuh Kita

Oleh Waladi - Selatan Online


JANGAN ROSAKAN ORGAN PEMBERIAN ALLAH

Hidung bekerja sebagai makmal analisis bahan-bahan kimia. Hidung sangat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang sungguh menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini.

Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu sedikit sahaja


Berfikirlah dahulu sebelum kita merosakkan tubuh sendiri dengan berbagai cara penggunaanya kerana tubuh kita dicipta oleh Allah dengan begitu canggih dan sangat menakjubkan. Apa yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan dapat menghentikan rencana kita menghancurkan diri sendiri dan tersentuh hati kita untuk mulai menyayangi diri sendiri.
Otak/Komputer.
Setiap neuron (sel saraf) terdiri dari satuan-satunya yang hanya bertanggung jawab untuk meneruskan informasi atau menyampaikan maklumat. Satu otak sahaja boleh memproses kerja yang sama dengan 4,5 juta transistor pada mikroprosesor moden. Jumlah jutaan ini menjadi tak bererti jika dibandingkan dengan sepuluh juta neuron-neuron yang menanggung dalam memindahkan informasi dalam otak. Tambahan lagi, tidak ada produk industri yang mampu meniru mengenal rasa dan bau seperti dalam otak.
Otak manusia memiliki sistem yang mampu menjalankan sejumlah tugas sekaligus pada saat yang sama contohnya, dengan struktur otaknya yang sempurna, seseorang yang sedang memandu kereta dapat sambil mengikuti siaran radio keretanya dan membelok stering dengan mudah. Walaupun sedang melakukan berbagai tugas secara serentak dalam satu masa, kita tidak melanggar kereta orang lain. Selain itu, kita dapat menambah kelajuan kereta dengan kaki kita. Kita dapat memahami berita yang didengar dari radio. Kita dapat menyambung kembali pembicaraannya dari tempat percakapan itu terhenti. Dan yang terpenting, kita dapat mengarahkan semua hal ini secara sempurna, pada saat yang sama. Secara ringkasnya, dengan bantuan kemampuan luar biasa otak, seseorang dapat mengendalikan berbagai pekerjaan dalam satu situasi. Keselarasan ini boleh berlaku dengan adanya sambungan antara sel saraf di dalam otak.
Jutaan rangsangan yang sampai ke otak dari dunia luar diterima dan diproses di dalam otak dengan terperinci, lalu diperiksa dan dinilai oleh otak lalu memberi arahan yang diperlukan kepada setiap sumber rangsangan. Operasi sistem yang rumit ini terus berfungsi dalam kehidupan seseorang tanpa berhenti. Kemampuan semua proses inilah yang menjadikan kita mampu melihat, mendengar serta merasakan dan kehidupan kita pun terus berlaku.
Salah satu unsur terpenting penyusunan sistem yang sempurna di dalam otak adalah sel-sel saraf yang berjumlah hampir mendekati angka 10 juta sel-sel saraf otak, belum termasuk sel-sel lainnya, yang berfungsi mengirimkan dan mentafsir maklumat dengan cara membentuk arahan dan menyalurkan arahan secara berkesan.
Apakah yang menyebabkan terjadinya hubungan di antara sel-sel dan menghasilkan keselarasan di dalam otak? Jawapannya terletak pada struktur istimewa sel saraf. Sekitar 10 juta sel di dalam otak memiliki sekitar 120 bilion sambungan. Dan 120 bilion sambungan ini benar-benar berada di tempat yang sesuai. Bila terdapat kesalahan pada salah satu sahaja dari sambungan ini, akibatnya akan memberikan yang besar. Seseorang yang mengalami hal ini tidak akan mungkin menjalankan kehidupannya dengan baik. Namun hal seperti ini tidak akan terjadi, dan manusia sihat menjalani kehidupannya secara normal. Ia menjalani kehidupan dengan sebaik-sebaiknya sementara bilion proses ajaib yang tidak disedarinya sedang berlangsung di dalam otaknya manusia.
Struktur yang bekerja secara automatik di dalam otak ini, sebagaimana halnya sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia, memiliki rancangan sempurna di setiap peringkatnya. Kenyataan bahwa otak dapat menjalankan berjuta fungsinya tanpa kesalahan atau kerancunan menjadi bukti bahwa Allah, Pemilik Ilmu tak terbatas, telah menciptakannya beserta semua cirinya yang amat istimewa.
"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Adz Dzaariyaat, 51:20-21)
Dapat kita bayangkan, apa akibatnya jika otak kita rosak. Tentunya kita akan mengalami banyak sekali masalah dalam hidup kita. Sebab itu, jangan rosakkan otak kita dengan dadah.
Hormon/Maklumat.
Segala hal dalam tubuh merupakan suatu bentuk komunikasi. Banyak maklumat dalam bentuk hormon yang tersusun atas molekul-molekul besar. Tidak ada alat penerima pada susunan maklumat yang dibawa oleh hormon, molekul yang bergerak bebas dalam sistem peredaran darah dan di antara sel-sel neuron. Akan tetapi, susunan maklumat tersebut sentiasa berada ditempatnya kerana alat-alat tubuh yang menerima maklumat tersebut dilengkapi dengan sensor-sensor khusus.
Otot dan Pengeluaran peluh/Penapis udara.
Gerakan otot menyebabkan pemanasan tubuh dalam cuaca dingin. Otot-otot dapat menyebabkan 90% tubuh menjadi panas dengan cara ini. Pengeluaran peluh, di sebaliknya berguna sebagai cara penyejukan melawan pemanasan berlebihan. Dua sistem penyeimbang ini bekerja bersama untuk mempertahankan suhu tubuh yang mantap. Sistem ini bekerja jauh lebih cepat dan tepat melebihi sistem penapis udara yang ada.
Sistem Kekebalan/Angkatan Bersenjata.
Tubuh kita dipertahankan oleh sekitar 200 juta sel-sel darah putih. Seperti askar, sel-sel darah ini memiliki sistem kebijaksanaan, persenjataan mematikan, dan strategi pertempuran khusus. Namun, tidak ada askar di dunia ini yang menepati waktu dan sempurna serta sebaik sistem kekebalan.
Sekitar 250 tahun lalu, dengan penemuan mikroskop, para cendekiawan mendapati bahwa kita hidup bersama banyak makhluk kecil, yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Makhluk ini ada di mana-mana, dari udara yang kita sedut, sampai benda apa pun yang bersentuhan dengan permukaan tubuh kita, juga dijumpai bahwa makhluk-makhluk ini menembusi tubuh manusia.
Walaupun kewujudan musuh ini telah dijumpai kira-kira dua setengah abad yang lalu, sebahagian besar rahsia "sistem pertahanan" yang berlawan dengan gigih belum dapat dijumpai. Begitu ada benda asing memasuki tubuh, secara sepontan sistem molekular tubuh ini diaktifkan. Dengan rancangan strategi hebat, ia menyatakan perang mati-matian melawan musuh. Kalau kita lihat sekilas cara kerja sistem ini, nampak bahwa setiap tahap berlaku berdasarkan suatu perancangan yang sangat cermat.
Setiap sistem, organ, atau kelompok sel di dalam tubuh mewakili keseluruhan di dalam suatu pembahagian kerja yang sempurna. Setiap kegagalan dalam sistem menghancurkan tentangan ini. Oleh itu, sistem kekebalan sangat diperlukan oleh tubuh manusia.
Mungkinkah kita bertahan hidup kalau sistem pertahanan tidak ada? Atau, kehidupan yang bagaimanakah yang akan kita jalani jika sistem ini gagal berfungsi?
Sel/Mesin.
Sel adalah mesin yang sangat efisyen menggunakan tenaga. Sel menggunakan molekul-molekul kecil yang disebut ATP untuk bahan bakar. Keefisyenannya dalam pembakaran bahan bakar ini lebih besar dibanding mesin mana pun yang dikenal manusia. Di samping itu, sel-sel ini secara serentak mengerjakan berbagai tugas berbeza, yang tak mampu dilakukan oleh mesin yang dibuat manusia.
Tangan
Tangan berfungsi sebagai organ pengangkat sesuatu di mana siku adalah sendi sokongan kepada tangan, dan di sekelilingnya otot-otot menyokong gerakan melalui pengerutan dan rehat.
Rangka Tubuh
Dua akibat utama yang mungkin terjadi pada sistem apa pun yang menerima getaran. Hal ini boleh menyebabkan lubang atau menyebabkan bahagian tertentu akan patah. Rangka makhluk hidup dan rangka kereta telah direka untuk mengurangkan getaran pada tubuh manusia. Namun rangka kereta atau kenderaan kemampuannya tidak sama seperti tulang yang dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila patah.
Mata.
Retina mata adalah alat yang paling peka kepada cahaya di antara semua jenis zat. Berbagai jenis sel sensor telah dibuat dengan kedudukan terbaik untuk menangkap gambar dalam fotografi. Namun, mata secara automatik menyesuaikan fokus dan penglihatan atas kekuatan cahaya luaran. Oleh kerana itu, mata jauh lebih baik ciptaanya dari seluruh kamera.
Mata makhluk hidup sangatlah peka terhadap cahaya, dan mudah rosak dari kesan cahaya. Tapi kita masih mampu melihat matahari dan sekeliling kita dengan baik dan berkat sejumlah kemudahan yang memberi perlindungan yang secara khusus yang dicipta oleh Allah. Salah satu kemudahan atau bahan pelindung tersebut adalah sekumpulan molekul pigmen yang ada pada mata.
Hidung dan Lidah
Struktur yang amat mengagugkan ini pancaindera pengecap rasa telah memberi sumber ilham yang banyak kepada ilmuan. Peralatan yang meniru fungsi lidah manusia telah dibangunkan seperti lidah elektronik misalnya. Penemuan ini membantu kita membezakan antara makanan segar dan makan tidak segar serta menemukan bau busuk pada makanan akibat pertumbuhan bakteri. Pada lidah buatan ini, aliran elektroniknya mempunyai 100 lubang teramat kecil, masing-masing dirancang menyerupai bintik pengecap pada lidah manusia. Tetapi jika dibandingkan dengan lidah manusia dan lidah buatan ini merupakan alat pengecap yang sangat kuno. Lidah kita jauh lebih baik dibanding lidah elektronik dan ini hanyalah menunjukkan betapa besar nikmat pancaindera pengecap ini.
Hidung bekerja bagaikan makmal analisis kimia. Hidung amat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang amat menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini. Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu kurang dari sesaat.
Telinga/Hi-Fi Stereo.
Rambut yang sangat halus dalam telinga bahagian dalam badan manusia mengubah suara menjadi isyarat-isyarat eletrik seperti yang terdapat pada mikrofon. Telinga hanya boleh merasakan suara antara frekuensi 20 hingga 20.000 Hz. Spektrum ini paling tepat untuk manusia. Seandainya manusia mendapat spektrum yang lebih besar, kita akan dapat mendengar langkah-langkah kaki semut hingga suara frekuensi tinggi di atmosfera. Keadaan ini tidak akan memberi ketenangan kepada manusia akan sentiasa merasakan suasana bising.
Jantung/Sistem Pompa.
Jantung mulai berdetik dalam rahim ibu dan terus berdetik pada berbagai peringkat, 70-200 kali per minit tanpa rehat sepanjang hidup. Selama tiap detikan, jantung boleh istirehat sekitar setengah saat. Jantung berdetik sekitar 10,000 kali sehari. Jantung yang dimiliki oleh manusia seberat 132 Ib (60 kilogram) mengepam sekitar 1,7 gelen (6.5 liter) darah setiap hari. Seumur hidup jantung mengepam darah dengan cukupnya untuk mengisi 500 kolam renang dengan isi 300 meter kubik. Mesin pam buatan manusia tidak mampu bekerja begitu lama tanpa diperbaiki sepanjang masa tetapi ciptaan Allah mampu melaksanakan tugas dengan sempurna.
Steven Vogel, seorang perekayasa dari Duke University di Amerika, menyatakan bahawa jantung manusia tidak akan dapat ditiru:
"Ini kerana mesin yang kita miliki, sebanyak mana pun keluaran tenaga atau daya-kerjanya, bekerja dengan sangat berbeza… Otot (jantung) adalah mesin yang lembut, basah, sentiasa mengembang dan mengerut dan ia memang tidak menyerupai dengan apa pun yang ada dalam perbendaharaan teknologi kita. Jadi, anda tidak akan mampu meniru sebuah jantung. (Robert Kunzig, "The Beat Goes On," Discover, Januari 2000)
Ringkasnya, dengan semua teknologinya manusia tidak akan mampu membuat jantung. Mereka yang menyatakan bahawa jantung dan keseluruhan tubuh yang menyeluruh pasti ada yang menciptanya dengan sengaja, jelas adalah menjadi kesalahan besar jika tidak mengakui penciptaNya. Allah memerintahkan kita untuk merenungkan bukti-bukti penciptaanNya dan bersyukur kepadaNya:
Ginjal/Sistem Penapisan Limpa.
Ginjal manusia menapis sekitar 37 gelen (140 liter) darah setiap hari, melalui satu juta unit penapisan kecil yang disebut nefron, dan terus berlanjut hingga sekitar lapan puluh tahun tanpa rehat. Pusat pengolahan limpa yang dirancang untuk pengilangan boleh menangani jumlah yang jauh lebih lama tetapi usianya sangat pendek. Seterusnya, campuran kimia zat yang ditapisnya jauh lebih sederhana jika dibandingkan dengan darah. Ginjal jauh lebih rumit dan efisien dibandingkan dengan lain-lain organ penapisan.
Ingatlah, dadah dapat menghancurkan organ-organ tubuh kita. Oleh itu, sayangi diri kita sendiri dengan cara menjauhkan diri daripada dadah.
 http://waladi-dimalaysia.blogspot.com


__._,_.___


Thursday, May 20, 2010

Anak Susuan - Selamat Beramal


PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN
(Bilangan 125 Bahagian Kedua)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah





Rukun Radha'ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha'ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi' iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.
2. Ar-Radhi' iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.
3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."


(Hadis riwayat Ahmad)


Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada 'Aisyah Radhiallahu 'anha katanya:

Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur'an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur'an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."



(Hadis riwayat Muslim)


Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)
Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.
Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

Hukum Anak Susuan

Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)
Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, 'aurat dan khalwat.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)