Tuesday, December 7, 2010

Sejarah Ayat Kursi : Selamat Beramal





Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda

bermaksud:

'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala

kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;

'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk

dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan

syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s.a. w. bersabda,

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Subhanallah ! Alhamdulillah....

 From: Nurulhayat Bt Mohd Noor

Thursday, November 18, 2010

Masjid Sheikh Zayed - Abu Dhabi : Blog Selamat Beramal


 

TIPS OLEH DR FADZILAH KAMSAH

TIPS DIPETIK DARI KUR SU S IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO' DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010
GAMBAR BMFK.JPGNAJIB FADZILAH.jpgDAFTAR DMFK.JPG
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.
7) P rogram minda/cuci minda – P aling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
10) P eluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).
11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan  (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
·         Sebelum tidur
·         Semasa tidur
·         Selepas tidur
·         Selepas riadah
·         Selepas solat
·         Selepas mandi air suam
12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti "
Nak, solat jangan ditinggalkan" dan bukannya "Nak, jadilah anak yang cemerlang" (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.


14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).


15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.


16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.


17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. P astikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.


18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)


19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.


20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.


21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.


22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.


23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).


24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.


25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.


26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.


27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.


28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.


29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.


30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".


31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.


32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.


33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.


34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

 

Maksud Rogol :: Selamat Beramal

Maksud Rogol????

Apakah perbezaan di antara Rogol dan Hubungan Seks?
Rogol adalah perbuatan yang kejam di mana perogol memaksa si mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya. Ia merupakan perbuatan yang bersifat agresif yang bertujuan untuk memalukan dan menguasai si mangsa. Rogol bukanlah seks. Seks melibatkan keizinan bersama pasangan.

Apakah maknanya Rogol Berkanun?
Melakukan hubungan seks dengan seorang gadis yang berumur 16 tahun dan ke bawah dengan atau tanpa izinnya dianggap sebagai rogol berkanun.

Kenapa lelaki merogol?
Satu mitos yang biasa didengar bahawa lelaki tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka. Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenarnya ialah rogol bukan mengenai daya penarik atau nafsu berahi. Ia adalah mengenai kuasa dan pengawalan ke atas si mangsa.

Bagaimanakah Rogol itu berbeza daripada jenayah-jenayah seksual yang lain?
Undang-undang mentakrifkan rogol sebagai penembusan zakar lelaki ke dalam faraj seseorang perempuan dengan tanpa izinnya. Wanita dan lelaki boleh diancam secara seksual dengan cara-cara yang lain seperti seks di luar tabii, liwat serta sentuhan seksual yang tidak wajar. Untuk jenayah-jenayah seperti ini, pesalah boleh didakwa melalui undang-undang di bawah seksyen-seksyen lain, seperti pencabulan, liwat, pencabulan seksual atau percubaan merogol. Jika anda merupakan seorang mangsa jenayah-jenayah tersebut, anda masih boleh membuat laporan polis.

Kenyataan Sebenar bertentang dengan Mitos-mitos berkenaan dengan Rogol
Mitos : Gadis-gadis yang memakai pakaian seksi atau menggoda lelaki akan menyebabkan rogol berlaku.
Kenyataan : Rogol tidak ada kaitan dengan pilihan pakaian seseorang gadis atau cara dia berkelakuan. Ini adalah satu mitos yang dijadikan alasan supaya perogol dapat menyalahkan si mangsa. Orang yang patut dipersalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Kanak-kanak, wanita yang telah berumur dan wanita yang berpakaian sopan atau mereka yang memakai tudung juga pernah dirogol. Rogol bukan mengenai nafsu berahi. Rogol ialah suatu perbuatan jenayah yang ganas di mana seks digunakan sebagai senjata.

Mitos :
Kebanyakan wanita dirogol oleh orang yang mereka tidak kenali.
Kenyataan : Statistik daripada pihak polis menunjukkan bahawa cuma ada peratusan yang kecil sahaja kes-kes rogol dilakukan oleh mereka yang tidak mengenali mangsanya. Dalam 80% kes-kes berkenaan, si mangsa kenal perogolnya – dia merupakan seorang kenalan, kawan atau ahli keluarga sendiri. Perogol boleh terdiri daripda sesiapa sahaja.

Mitos :
Kebanyakan kes-kes rogol berlaku di lorong-lorong gelap, tempat-tempat sunyi dan tempat-tempat bahaya.
Kenyataan : Menurut pihak polis, 69% kes-kes rogol berlaku di rumah kediaman dan bangunan. Kaum wanita masih perlu berwaspada pada waktu malam, di jalan-jalan sunyi atau di tempat-tempat gelap, tetapi mereka juga menghadapi risiko di tempat-tempat lain.
Bolehkah seseorang menjadi hamil atau dijangkiti penyakit kelamin (STD) setelah dirogol?
Jika kondom tidak digunakan semasa rogol berlaku, risiko si mangsa menjadi hamil ataupun dijangkiti penyakit kelamin adalah tinggi. Anda perlu menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan, Bahagian Kemalangan dan Kecemasan, di mana di sana anda juga boleh membuat laporan rogol.

Bolehkah seseorang wanita berkahwin setelah dirogol?
Ya. Seseorang wanita yang pernah dirogol masih boleh berkahwin dan berkongsi hidup dengan seseorang yang dia cintai.

Perlukah seseorang wanita yang telah dirogol berkahwin dengan perogolnya?
Kadang-kadang mungkin terdapat desakan supaya si mangsa berkahwin dengan perogolnya, terutamanya jika dia telah mengandung. Sesiapapun tidak patut dipaksa untuk berkahwin dengan perogolnya. Jika seseorang wanita itu berkahwin dengan perogolnya, ada kemungkinan penganiayaan itu akan berterusan selepas perkahwinan.

Apa harus saya buat jika saya telah dirogol?
Jangan menyucikan diri atau bertukar pakaian, walaupun anda ingin berbuat demikian. Ia akan menghilangkan bukti-bukti yang penting seperti air mani, darah, air liur, rambut dan gentian.

Proses membuat laporan rogol mungkin sukar bagi mangsa-mangsa rogol.
Dapatkan seorang kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan dan menemani anda ke hospital dan/atau ke balai polis atau hubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling.


Pergi ke Bahagian Kemalangan & Kecemasan di hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan dengan serta merta.

Doktor akan memeriksa anda untuk mengumpul bukti-bukti.
Walaupun anda mungkin merasa tidak selesa, adalah amat penting untuk mendapatkan bukti-bukti rogol dengan secepat mungkin.


Buat laporan polis secepat mungkin.
Kakitangan hospital akan menghubungi pihak polis dan anda boleh membuat laporan di hospital atau jika anda pergi ke balai polis dahulu, seorang polis wanita akan menemani anda ke hospital. Anda boleh membuat laporan polis kemudian tetapi selepas 72 jam, kes rogol itu akan dianggap sebagai "kes lama".

Adakan perbincangan dengan seseorang.
Berbincang dengan seseorang yang anda percayai atau dengan menghubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling adalah sangat penting walaupun anda bercadang tidak mahu pergi ke balai polis. Melalui perbincangan, anda boleh menangani perasaan takut, bimbang dan hilang nilai diri yang sering dialami oleh mangsa gangguan seksual. Pusat Kesedaran Wanita memberi perkhidmatan percuma secara sulit untuk melindungi mangsa-mangsa.

Ingat, rogol bukan kesalahan anda!
Orang yang patut disalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Dengan melaporkan kejadian rogol, anda mungkin menolong wanita-wanita lain daripada disakiti oleh perogol tersebut.

Apakah harus saya buat jika seseorang kawan saya telah dirogol?
  • Mendengar apa yang diceritakannya.
  • Mempercayainya. Sangat penting untuk mangsa-mangsa rogol mengetahui bahawa ada orang mempercayai mereka. Kebanyakan orang tidak akan berbohong mengenai diri mereka dirogol.
  • Nyatakan penghargaan anda kepadanya kerana sudi memberitahu anda. Nyatakan kepadanya bahawa anda faham betapa sukar untuk menceritakan tentang apa yang telah berlaku.
  • Memberikan sokongan dan keyakinan bahawa ia bukan kesalahannya. Dia bukan penyebab berlakunya rogol dan sesiapapun tidak patut dirogol. Yang bersalah ialah perogol sendiri.
  • Mendorongnya untuk membuat laporan polis dan/atau menghubungi salah satu pertubuhan wanita seperti Pusat Kesedaran Wanita atau Befrienders untuk mendapatkan kaunseling.
Apakah yang dapat saya lakukan untuk mencegah berlakunya rogol?
  • Layan wanita dengan rasa hormat.
  • Mendidik orang di sekeliling anda dengan memperbetulkan mitos-mitos mengenai rogol kepada mereka. Rogol bukan kesalahan si mangsa.
  • Jangan membuat gurauan seks atau komen-komen terhadap wanita dan jangan bertolak ansur apabila orang lain mengatakannya.
  • Berikan sokongan anda kepada usaha-usaha Pusat Kesedaran Wanita dan pertubuhan-pertubuh an wanita yang lain yang berkempen untuk menghentikan keganasan terhadap kaum wanita.

__._,_.___

Iraq Toilet......!!!!

Hari-hari main bungapi
Main bungapi terbakar jari
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari saya untuk saudara saudari

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)





Tuesday, September 28, 2010

Solat Itu Buang Masa ? Selamat Beramal

Solat Itu Buang Masa?

from Genta Rasa by gentarasa
 


"Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?" Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.
Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
"Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?"
Seorang pelajar menjawab, "kerana mereka jarang melihat orang solat."
Yang lain menjawab, "mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam."

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
"Ada sebab lain?" tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

"Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…" kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.
"Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? "
"Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa," jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

"Apa yang saudara jawab?" tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
"Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu."
"Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu."

" Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?"
"Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri," jawab saya.
"Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?" tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

"Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat "maintanance" kapal terbang, kereta api elektrik ("bullet train") dan kereta kamu…" terang saya.
Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
"Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?"
"Tentulah manusia," jawab mereka hampir serentak.
"Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

"Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?"
"Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami "maintenance" diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri."
"Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?"

"Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!"
"Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal," sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
"Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi," tambah yang lain.
"Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!"
"Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia," ujar saya sebagai satu kesimpulan.

 
SOLAT ITU SOAL PERIBADI?
 
Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
"Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing."
"Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi," tekan saya.

"Mengapa?"
"Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran."

"Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…"
"Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja," tusuk saya perlahan.

"Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?"
"Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan."

"Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan."
"Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan."

"Kenapa?" tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
"Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat."

"Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita," katanya berterus-terang.
"Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik."

Dia merenung muka saya lalu berkata,"tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?"
"Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?" balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, "sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?"
"Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah," balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
"Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?"
"Itu soal pihak atasan…" kilasnya.

"Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka."
"Baik tu baik. Tetapi…"
"Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan," pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, "insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu."
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!


Friday, September 3, 2010

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi :: Selamat Beramal

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Tuesday, August 31, 2010

Image J0285926 :: Selamat Beramal



ATTENTION!!!

1-Buka kmptr Anda..

2- Go to MY COMPTER..

3-Klik LOCAL DISK(C)..

4-KlikPROGRAM FILES..

5-Klik MICROSOF OFFICE..

6-Klik MEDIA..

7-OpenCAGCAT10..

8- Cari Gambar brnama J0285926..

Anda akn temukan gmbr BENDERAZIONIS ISRAEL LengkaP dbelakg Lilin..

DELETE GMBR TRSEBUT!!!! Simpan pun talak guna.

Hampir ada...dsemua PC & LAPTOP Di Selurh Dunia.

ATAU..

1-Buka kmptr Anda..

2- Go to MY COMPTER..

3-Klik LOCAL DISK(C)..

4-KlikPROGRAM FILES..

5-Search " J0285926"

SELAMAT MENCARI>>>>

Sunday, August 29, 2010

Kisah Rasul: Tongkat mukjizat Nabi Musa :: Selamat Beramal

NABI Musa adalah anak kepada Imran bin Yashar bin Qaahits. Nasab terakhirnya ialah Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim yang dilahirkan di Mesir ketika pemerintahan Firaun dan bersaudara dengan Nabi Harun.
Kelahirannya mencemaskan kerana ketika itu Firaun atau nama sebenarnya Al-Walid ibnu Mus’ab menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki daripada kalangan Bani Israel yang dilahirkan perlu terus dibunuh.

Tindakan itu diambil kerana dia terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya mengatakan kuasa pemerintahan Mesir akan jatuh ke tangan lelaki Bani Israel.

Disebabkan khuatir kejatuhan pemerintahannya, Firaun memerintahkan supaya setiap rumah penduduk diperiksa bagi memastikan tiada bayi lelaki.

Jika mendapati bayi lelaki maka perlu dibunuh tanpa sebarang alasan. Musa dilahirkan secara rahsia kerana bimbang turut menjadi mangsa tindakan tidak bertamadun Firaun.

Musa disusui ibunya secara senyap-senyap. Masyarakat tidak mengetahui Musa satu-satunya bayi lelaki Bani Israel yang terselamat daripada kekejaman Firaun.
Apabila usianya tiga bulan, Musa dihanyutkan ke Sungai Nil. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala-galanya.


Kemudian Musa dijumpai isteri Firaun sendiri, Asiah yang membawanya ke istana. Melihat tindakan isterinya membawa Musa yang ketika itu masih bayi ke dalam istana, Firaun dengan pantas menghunuskan pedang untuk membunuh Musa.

Baginya, bayi lelaki tidak boleh dibenarkan hidup. Lalu Asiah merayu kepada suaminya supaya Musa tidak dibunuh dengan berkata: “Janganlah dibunuh anak ini kerana aku menyayanginya. Baik kita menjadikannya seperti anak sendiri kerana aku tidak mempunyai anak.”


Mendengar luahan hati isteri tercinta itu, Firaun tidak sampai hati untuk membunuh Musa. Asiah berasa lega dan amat gembira kerana Musa terselamat.

Dia mencari pengasuh untuk menjaga Musa, tetapi tidak seorang pun yang dapat menjaga Musa dengan baik. Musa asyik merengek dan menangis dan memberikan isyarat tidak mahu disusui.

Tidak lama kemudian, ibunya mendapat tahu Musa berada di istana Firaun lalu tampil untuk memberikan khidmat kepada Asiah. Dialah me­ngasuh dan membesarkan Musa di istana Firaun.

Pada satu hari, Firaun sendiri mendukung Musa yang masih kanak-kanak sehingga tiba janggutnya ditarik menyebabkannya berasa sakit.

Disebabkan tindakan Musa itu, Firaun berkata kepada isterinya: “Wahai isteriku, mungkin kanak-kanak ini yang akan menjatuhkan kekuasaanku.”

Isterinya berkata: “Sabarlah, dia masih kanak-kanak, belum berakal dan mengetahui apa pun.”

Musa tinggal di istana itu cukup lama, sejak usianya tiga bulan hingga dewasa, sehingga orang ramai memanggil dan menggelarkannya Musa bin Firaun.
Nama Musa sendiri diberikan keluarga Firaun. ‘Mu’ bermakna air dan ‘sa’ bermaksud pokok sempena tempat penemuan­nya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.

Pada suatu hari Nabi Musa meninjau keadaan di sekitar kota. Baginda terserempak dengan dua lelaki sedang berkelahi, masing-masing dari kalangan Bani Israel dan bangsa Firaun.

Melihat pergaduhan itu, Musa mahu mendamaikan mereka, tetapi ditepis lelaki berbangsa Firaun itu. Tanpa berlengah Musa terus melepaskan penumbuk ke atas lelaki itu lalu dia tersungkur dan meninggal dunia.

Apabila mendapati lelaki itu rebah dan mati kerana tumbukannya, Musa memohon ampun ke hadrat Allah seperti dinyatakan dalam al-Quran: “Musa berdoa: ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah aku. Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”

Berita kematian lelaki berbangsa Firaun disebabkan Musa tersebar meluas dan diketahui masyarakat. Baginda turut diketahui pemimpin kanan Firaun lalu mereka mahu menangkap Musa.

Musa melarikan diri dari bumi Mesir menuju ke Madyan berjalan kaki, tanpa bekalan makanan, hanya mengalas perut dengan daun kayu dalam perjalanan selama lapan malam.

Tiba di sana, Musa berehat di bawah pokok dan ketika itu Baginda terlihat dua pengem­bala kambing yang mahu memberi minum ternakan mereka di telaga besar.

Musa memberikan pertolongan kepada dua wanita terbabit. Sekembalinya ke rumah, wanita itu memaklumkan mengenai pertolongan Musa kepada bapanya, Nabi Syuaib. Lalu Musa dijemput ke rumah mereka.

Kemudian, Musa bekerja di rumah Syuaib sebagai pe­ngembala kambing bertahun-tahun sebagai mas kahwin untuk mengahwini seorang daripada anaknya.

Selepas 10 tahun di bumi Madyan, Musa rindu mahu kembali ke Mesir. Baginda memulakan perjalanan ke Mesir dalam keadaan sungguh gelap dan dingin.

Isteri yang mengandung ketika itu sudah sampai waktu untuk bersalin. Musa dalam keadaan bingung, Baginda merenung ke ufuk.

Ketika itu Baginda melihat di Bukit Thur Sina satu cahaya, di sana dia merasakan bakal mendapatkan api untuk memanaskan badan.

Baginda mendekati bukit itu dan merasa gementar manakala anggota badannya bergerak-gerak ketika mendengar Allah berbicara terhadapnya dengan memerintahkannya melepaskan terompahnya.

Kemudian Baginda memasuki lembah suci bukit itu kerana Allah berbicara dengannya menjadikannya utusan dan disuruh bertemu dengan Firaun menyampaikan risalah Allah.

Allah memberikan kepada­nya bukti yang menunjukkan kebenaran kenabiannya iaitu mukjizat dengan tongkat dan tangan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KisahRasul_TongkatmukjizatNabiMusa/Article

Saturday, August 14, 2010

Bazar :: Pasar Ramadan Terbang Di Daerah Jasin

Selamat Beramal ::: Bazar Ramadan Terbang

Ribut besar yang berlaku di perkarangan stadium jasin..



Al - Fatihah kepada mangsa yang terkorban.

Sunday, June 27, 2010

Sejarah :: Yahudi Dan Israel

Selamat Beramal ::: Siapakah bangsa Yahudi

Menurut studi sejarah yang didasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi erat hubungannya dengan kisah nabi Ibrahim AS yang ditengarai terjadi kurang lebih 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim (Abraham) AS, diperkirakan tinggal di daerah Palestina yang dikenal saat ini sebagai Al-Khalil (Hebron), tinggal di sana bersama Nabi Luth (Lot) (QS, 21:69-71). Putra nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian putra nabi Ishak adalah nabi Jakub. 12 putra nabi Yakub ini yang kemudian dikenal sebagai 12 suku Israel.

Putra bungsu nabi Yakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang dikenal dari sejarah, setelah ditinggalkan di padang pasir oleh kakak-kakaknya, berhasil menjadi kepala bendahara di Mesir. Karena itu ayahnya, nabi Yakub, serta kakak-kakaknya menyusul nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudak keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Karena kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa (Moses) AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir. Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan. Dalam Al-Qur'an, Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah Musa AS, bangsa Israel tetap berdiam di Kanaan (Palestina). Menurut ahli sejarah, Daud (David) menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama pemerintahan putranya Sulaiman (Solomon), batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama arsitektur. Di Yerusalem, Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa. Setelah wafatnya, Allah mengutus banyak lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal mereka tidak mendengarkan mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematin Sulaiman, kerajaan yahudi terbelah di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Yerrusalem. Dengan berlalunya waktu Suku yahudi jatuh di bawah Assyurriea dan Babilon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora.

63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan ornag Romawi dan tahun 70 berhasil menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Saturday, June 26, 2010

Sejarah :: Awal terbentuknya Israel

Selamat Beramal ::: Awal terbentuknya Israel

Setelah itu kehidupan orang Yahudi hanya ada dalam pelarian dan pengejaran, baru di kekalifahan Usman, orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan. Akhir abad ke 19, ditunjang oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropa Timur berreimigrasi ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestina. Ini dimulai tahun 1881.

1896 Theodor Herzl kelahiran Budapest membuat Negara Yahudi. Tujuannya untuk membuat negara untuk orang Yahudi di Palestina, didukung oleh uang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestina hidup 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan kekalifahan Usman di perang dunia ke-1, Palestina menjadi bola permainan para penguasa. Para Zionis ada di sisi Inggris dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November mentri luar negri Inggris Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentara Inggris ke Yerusalem.

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestina ke Inggris. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestina. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negar Yahudi di Palestina.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun ini hidup kurang lebih 80.000 orang Yahudi di Palestina

1933 Di Jerman dimulailah pengejaran secara sistematis orang Yahudi.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestina, tapi orang Yahudi dibantu oleh tentara Inggris.

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggris.

1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestina

1945 Komisi Inggris Amerika menganjurkan penerimaan 100.000 orang Yahudi di Palestina, tapi kemudian ditolak oleh Inggris sehingga menyebabkan kerusuhan di antara Yahudi - Palestina.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestina dan tanggal 14 Mei meninggalkan Palestina. Tentara Yahudi memasuki Palestina dan mengusir orang Palestina yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion menyerukan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel diakui sebagai negara oleh UNO. Karena itu hiduplah ratusan ribu orang Palestina di pengasingan terutama di Gaza. Pemerintah Israel mengumumkan Yerusalem sebagai ibukota. Di Palestina ada sekitar 650.000 orang Yahudi.

Sumber dari :

1. http://www.tragedipalestina.com/sejarah.html

2. http://de.wikipedia.org/wiki/Judentum

Friday, May 28, 2010

[UiTM-Melaka] Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik - Selamat Beramal



SEMOGA JADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PUAK² YANG MENYANGKAL HUKUM ALLAH…
Gempar: Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik Ke Atas Bumbung Masjid Ketika Para Jemaah Sedang Sembahyang Zohor Dekat Kuantan Petang Semalam !

[]
KUANTAN, 15 April [10.20 am] - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!" katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.

[] []
Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat

[] []
Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak

"Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan" kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku." katanya.
Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak penyokong UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut. Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah penceramah berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid itu selepas ini" katanya.
 
 




Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.


2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran "rumah terbuka nasional", bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;


"Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka"


2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;


i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini "rumah terbuka nasional" adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)


ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).


2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;


i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)


ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)


2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.


3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).



4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud "bertentangan dengan akidah Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.


4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud "bertentangan dengan syarak" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.


Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.


4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan "perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" di negara ini.

Maksud "bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam".

Maksud "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Blok D7, Parcel D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502, PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 4253

Fax: 03-8889 1993
 
Sila ke weblog abi_umarhaikal